Pages

Sunday 29 May 2011

Membuat corak dengan Titisan Lilin

Lilin bukan saja dapat menerangi ia juga boleh digunakan untuk menghasil kerja seni visual.
Kali ini, kita akan menggunakan lilin untuk membuat corak. Untuk melihat hasil kerja sila rujuk bawah.
Klick here

Craft Punch

Kali ini akan menggunakan Craft Punch untuk mewujudkan karya hasilan 3D.

Sediakan craft punch yang pelbagai bentuk seperti pokok bunga, binatang, dan sebagainya.



Sediakan kertas yang berwarna-warna untuk punch.




Kemudian, punch bentuk yang diperlukan. 



Inilah hasilan daripada craft punch dengan menggunakan warna yang berlainan dan menambahkan sedikit hiasan akan mewujudkan gambar yang cantik.

Thursday 31 March 2011

Hasil seni Cap Jari

Di antara semua subjek yang pernah mengajar, saya paling suka subjek yang paling "berwarna-warni" iaitu Pendidikan Seni. Subjek ini memerlukan pemikiran yang kreatif, tanpa pemikiran kreatif kita tidak dapat menghasilkan atau reka karya yang cantik dan unik.

Post ini akan menggunakan jari tangan untuk melukis semut. Di bawah adalah gambar-gambar yang ditangkap semasa membuat lukisan.

Ini merupakan hasil daripada anak murid saya. selain daripada menggunakan cap jari, mereka juga mengunakan pensel warna dan krayon untuk melukis sarang semut.


Murid-murid menumpukan perhatian untuk menghasilkan cap jari yang cantik.

 Kedua-dua murid ini melukis kek di sana...Habislah kek ini, nanti saya tidak dapat makan...:'(

Semut-semut ini keluar dari sarung untuk mencuri makan... 

Kali ini, murid-murid mengguna tiga jari unutk melukis semut, iaitu ibu jari, jari manis dan jari kelingking. Mula-mulanya, guna ibu jari manis unutk menghasilkan kepala semut, kemudian guna jari manis unutk melukis perutnya dan akhirnya guna ibu jari untuk melukis badan semut.


Sinopsis

Hasil kerja seni visual dapat menggambarkan perasaan, pernyataan emosi dan idea kreatif seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan suatu lukisan.