Pages

Thursday, 31 March 2011

Hasil seni Cap Jari

Di antara semua subjek yang pernah mengajar, saya paling suka subjek yang paling "berwarna-warni" iaitu Pendidikan Seni. Subjek ini memerlukan pemikiran yang kreatif, tanpa pemikiran kreatif kita tidak dapat menghasilkan atau reka karya yang cantik dan unik.

Post ini akan menggunakan jari tangan untuk melukis semut. Di bawah adalah gambar-gambar yang ditangkap semasa membuat lukisan.

Ini merupakan hasil daripada anak murid saya. selain daripada menggunakan cap jari, mereka juga mengunakan pensel warna dan krayon untuk melukis sarang semut.


Murid-murid menumpukan perhatian untuk menghasilkan cap jari yang cantik.

 Kedua-dua murid ini melukis kek di sana...Habislah kek ini, nanti saya tidak dapat makan...:'(

Semut-semut ini keluar dari sarung untuk mencuri makan... 

Kali ini, murid-murid mengguna tiga jari unutk melukis semut, iaitu ibu jari, jari manis dan jari kelingking. Mula-mulanya, guna ibu jari manis unutk menghasilkan kepala semut, kemudian guna jari manis unutk melukis perutnya dan akhirnya guna ibu jari untuk melukis badan semut.


Sinopsis

Hasil kerja seni visual dapat menggambarkan perasaan, pernyataan emosi dan idea kreatif seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan suatu lukisan.